TImbul lagi Kontroversi Pada Hari ni ye.. heee =_=
apa la nak jadi kat Malaysia ni..aish....
ada jeee Harga Yang nak di naik kan....macam2..aish...
ni aku rasa la kan.... Mainan Politik la kot semua ni..pfft! ....
Tak Lama lagi nk MEngundi da kan... hee =_="
zzzzzzzzzzzzzzzzzzz !!
. Jom boikot! hehehe..tu je la aku nk cakap! Apa ke Hal nek harga gila...
kalau cakap xleh tgk bola... Jom kita pg stadium...
internet pon ada...xpon..wakil kan satu kg satu astro.. HAHAHA! ok pe.? tgk kt kdai reramai,,macam? hahah!
BERITa
KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
"Tingkat Kan Prestasi Kurang Kan Kontroversi" ~..^''
No comments:
Post a Comment